haii salam.. lama dah aku tak menulis dalam blog aku yang hanya aku jer dan ada dua tiga org kawan yang tau.. mcm biasa la aku menulis nih pun just untuk meluah kan perasaan jer.. bukan nya org tau pun.. eheheh.. hari nih 28/12/2011 tah kenapa aku tensen sangat, bosan, nyampah, marah dan segala yang berkecemuk dalam hati aku dan fikiran... aku bosan betul dgn kerja aku... bila aku buka FB pulak aku tak tau nak post apa.. aku post merapu rapu jerr...tah la .. mungkin dah sampai masa nya aku berambus dari syarikat aku kerja ni kot.. aku betul betul tada mood la nak kerja.. tapi keadaan begitu mendesak aku berkerja..
hari tuh abg aku ada cerita yang kompeni dia nak bukak lombong bijih besi kat mentakab.. aku rasa nak minta kerja sana . tapi aku berbelah bagi.. kalau aku minta aku kena duduk dalam hutan ..sebab lombong tu perjalanan ke dalam tempat nya jer dah 40 minit.. blurr aku ..tapi kalau aku dapat la patut nya baru aku blur..ni minta kerja pun belum...cuma hati aku berbelah bagi sama ada nak minta atau tak...di tempat kerja aku ni sendiri aku kekadang rasa terasing sangat.. rasa keseorangan.. memang perangai aku kot susah nak bercampur dgn org lain di tempat kerja.. bukan aku nak sombong atau apa.. tapi dah tak boleh nak masuk kepala apa aku leh buat..manusia nih lain lain hati dan perasaan nya kan.. kekadang aku rasa budak rumah aku sendiri ban aku.. tapi aku tak peduli la semua tu.. lantak la aku bukan makan gaji dgn dia org pun.. aku wat kerja aku .. dia org buat kerja dia org.. nak ban ker , nak sombong ker... tu korang punya pasal la.. apa aku kesah sangat.. maklum la manusia yang akal pikiran nya kecik nih payah sikit la nak cerita kan.. yang jenis tak paham apa itu kehidupan ..lantak la..lagi aku pikir kan , last last aku yang sakit kepala..biar kan saja.. janji tak menyusah kan aku dah la..
errmmm tahun baru dah makin hampir..makna nya makin bertambah la umur aku..makin tua la nampak nya.. dah masuk 35 tahun.. apa la pulak nya kisah aku tahun 2012 nih.. adoiii!.. takut juga aku nak melalui nya .. aku nak perubahan dalam hidup aku nih.aku nak segala nya berubah ke arah kebaikan, kebahagian dan aku juga berharap sangat aku menemui perjalanan yang lurus, bukan nya perjalanan yang masih belum ada kepastian nya lagi... aku tak mampu lagi rasa nya untuk menempuh pelbagai penderitaan dan dugaan hidup nih dalam tahun baru yang mendatang...kadang kadang aku takut menghadapi semua nih.. susah sangat ker aku ank mengecapi kebahagian ..nampak nya aku masih mencari cari lagi satu hentian dalam perjalanan aku.. makin jauh aku berjalan..makin berliku nampak nya.. ya allah aku berdoa moga aku temu titik noktah perjalanan aku ini.. aku paham kebanyakan teman teman aku dah berumah tangga, dah menempuh idup yang bahagia.. aku nak juga kehidupan mcm mereka namun aku macam tak di beri peluang itu...dapat tak agak nya aku mengecapi peluang itu..aku harap sangat aku berjaya mendapat nya..amin!!
letih, penat, takut makin berlegar legar dalam dalam diri aku kini..tah la kenapa.. namun makin mendekati tahun 2012 aku makin tak keruan..semua nya membeban kan perasaan aku.. aku harap sangat tahun baru yang bakal menjelma nih dapat memberi 1000 kebahagian dan kegembiraan pada aku... sudah cukup la penipuan dari manusia yang bernama wanita, sudah cukup la ketakutan terhadap diri sendiri.. aku perlu perubahan, aku perlu perjuangan.. namum aku juga perlu kan bimbingan... siapa kah agak nya yang boleh membimbing aku?? tu yang masih aku tercari cari lagi.. aku mencari teman yang boleh membawa aku ke arah kebahagian sebagai seorang muslim sejati.. namun sehingga sekarang aku masih di belenggu perkara perkara yang mungkar.. aku cuba menghindari nya namun , nafsu kadang kadang mengatasi segala nya..
siapa yang tak nak berubah, siapa yang taknak berjaya, siapa yang taknak bahagia..semua manusia menanti kan peluang peluang ini..namun dalam ramai ramai itu aku lah salah sorang yang masih belum mengecapi apa yang di panggil kebahagian ...aku berharap sangat idup aku di masa akan datang penuh dgn cahaya kegembiraan.. penuh dgn cahaya keinsafan..semoga aku sentiasa tersenyum , dan mendapat keredhaan dari allah .. ya allah bawa la aku kejalan yang lurus, bawa la aku cahaya yang sentiasa terang dalam hidup aku.. moga aku sentiasa mendapat rahmat mu... hanya kau la menentu kan segala nya... wasalam!