salam semua..sudah setahun masa berlalu lagi..bakal memasuki tahun 2011..pelbagai ujian dan dugaan yang mendatang melanda hidup aku pada tahun2010, ditipu wanita, di khianati, di permain, perkerjaan yang tidak di sukai, dan pelbagai lagi..letih memang letih sangat..cuma tuhan tuh masih panjang kan umur aku lagi..kalau aku jalan la..tak nampak syurga la jawap nya..maklum la dosa banyak..aku masih mencari sebuah perjalanan yang lurus dan lari dari liku liku hidup yang menyakit kan ini..namun masih tak nampak jalan..ada kah ini semua berpunca dari dosa dosa silam aku atau pun memang aku di takdir kan melalui segala duka dan sengsara tanpa ada penghujung nya?? ..tah aku pun tak tau ..tak pasti dan buntu menghadapi semua nih..
kekadang aku termenung keseorangan, aku tak tau bagaimana nak menghadapi hidup ni..aku bagai kan tada panduan dan jalan untuk mengharungi nya..aku takut, sangat takut ..dah la aku keseorangan hidup, tiada teman, macam mana aku nak cari teman ..aku fobia dgn makhluk bernama wanita..aku takut dikecewa kan lagi, di permain kan lagi..perkerjaan aku pun bermasallah, dah la dapat pekerja yang degil, berlagak, perangai cam sial, tak dengar kata ..aku yang duduk di tengah tengah antara bos dgn perkerja yang melalui sakit nya nak menjalan kan kerja aku sebagai supervisior.. buat masa ini aku mengambil keputusan untuk tidak mengambil tahu apa apa lagi pasal mereka..nak mampus ker, nak mati ker, ..aku tak peduli..jangan sampai aku bertindak di luar batasan aku sebagai manusia..ini kerana mereka yang bodoh ini tidak tau siapa aku sebenar nya,..mereka ingat mereka perkerja boleh buat sesuka hati kat aku? korang silap bro..silappp!! sampai tahap aku tak tahan..aku tak peduli siapa pun korang..walaupun pada masa itu aku terpaksa di buang kerja pun aku terima..
aku harap tahun 2011 . semua keadaan berubah..harap sangat..rezeki aku makin murah , hidup aku makin teratur dan aku menemui kebahagian dan kegembiraan dalam hidup aku..aku harap sangat..aku juga harap tuhan temu kan aku dgn org yang betul betul menyayangi aku..aku tak mau lagi terjebak dalam kejahatan..aku nak berarah pada kebaikan..aku nak menaiktaraf kan idup aku..dan paling paling aku harap sangat aku dapat kerja lain , keluar dari syarikat tak guna ini..aku minta tuhan perkenaan kan la doa aku nih..
aku nak solat, nak buat baik, nak lari dari kejahatan..aku nak perubahan yang mendadak..harap harap di kabul kan tuhan
ya tuhan ku, tolong la aku kali ini moga aku mendapat apa yang aku impi kan, aku letih nak menghadapi pancaroba kehidupan..aku tak larat sangat dah.. kalau la tahun 2011 membawa nasib yang kuarng baik lagi, aku dah tak tau nak buat apa..aku takut aku terjerumus dalam kancah kegelapan..aku takut ..kerna aku cuma manusia biasa yang taidak kuat pegangan iman nya..aku lemah..diri aku bagaikan disulubungi kegelapan..perasaan marah, dendam, benci bagai kan tidak dapat dikikis lagi dari hati sanubari ini..aku perlukan bantuan, pertolongan..tapi manusia di sekeliling aku tiada yang boleh membantu, hanya memandang dengan senyuman sinis sahaja..aku berharap mendapat teman yang boleh membimbing aku, membantu aku, menasihati aku, dan ikhlas berkawan dgn aku..bukan nya manusia yang hipokrit di depan aku..ramai kawan yang aku jumpa hanya la hipokrit..tiada keikhlasan , aku letih berkawan dgn mereka..mereka ini hanya kawan yang boleh ketawa sahaja..tapi tidak boleh berduka bersama
aku berharap juga agar aku menemui jodoh aku , walaupun aku masih ketakutan atas perkara yang pedih berlaku, tapi naluri aku sebagai manusia hendak pada kehidupan berpasangan..harap tuhan memberi aku peluang , walaupun aku takut aku mungkin tiada lagi semua peluang ini..jangan la lagi aku di permain ;lagi oleh kaum hawa..walaupun dendam aku bagaikan tiada kesudahan, fitrah aku sebagai manusia menuntut aku untuk mencari kaum hawa sebagai teman idup aku di masa hadapan..impian masih ada namun aku tidak meletakan harapan yang tinggi ..biar lah tuhan yang menentu kan ..
masuk 2011 ..umur aku semakin tua..dah masuk34 tahun, patut nya dgn umur nih aku dah gembira di samping keluarga..namun tuhan masih menguji aku tiada kesudahan..aku tak tau apa percaturan tuhan pada aku..aku takut aku terpesong kerana aku tiada kekuatan untuk melalui nya lagi..harap tuhan memahami apa yang terjadi pada aku..jangan la aku diduga lagi sebegini..aku tau aku manusia yang begitu banyak dosa, namun aku berharap aku di bagi peluang memperbetul kan apa saja yang salah untuk hidup aku ini
selamat tinggal 2010, segala penderitaan pada tahun 2010 ini aku harap akan berakhir, aku menunggu kedatangan 2011 dengan harapan segala gala nya berubah , dan aku dapat mengecapi perubahan yang baik demi masa depan aku..aku juga berharap agar aku mendapat peluang dalam mengecapi kebahagian..semoga allah membantu dan memberi jalan pada aku untuk melalui semua ini..amin!!
selamat tahun baru semua ..semoga kita dicucuri rahmat dan kebahagian...w salam
No comments:
Post a Comment