Monday, February 28, 2011

tangisan dalam mimpi

salam..hari ni 28/02/2011..hari terakhir dalam bulan 2 tahun 2011..hari makin berlalu sebegitu pantas sekali, masa bagaikan pergi  tanpa henti nya.. namun aku masih dalam pencarian mencari erti hidup ini..masih keliru, sedih, hilang arah , dan memikir kan hidup aku yang bagai kan tiada tujuan..

malam tadi satu perkara terjadi pada diri aku ketika aku sedang tidur.. MIMPI..satu mimpi yang tanpa aku sedari aku menangis kerana nya..yerr aku menangis ..menangis kerana mimpi..aku sendiri tak pasti kenapa aku menangis..tersedar nya aku dari tido baru aku tau aku rupa nya menangis.. kenapa yer?? ..aku termimpi tentang sakinah..aku mimpi yang aku berada di dalam bilik tidur nya sambil melihat pelbagai gambar dia , dan juga gambar seorang lelaki lain yang begitu banyak tergantung di biliknya . kemudian tiba tiba aku ternampak seorang lelaki yang pasti nya bukan aku sedang tersenyum berjalan ke arah ku dengan pakaian sedang berkerja..aku terpaku memandang nya..tiba tiba aku ternampak sakinah berjalan ke arah lelaki itu dan memandang dengan senyuman..kemudian sakinah memandang aku sambil tersenyum sinis..kemudian mereka berlalu begitu saja...

ketika itu aku bagaikan lemah..aku meraung, menangis di hadapan sakinah dan lelaki itu yang sedang melangkah pergi..yerr  tiba tiba aku tersedar dari mimpi itu..rupa nya aku menangis. menangis ketika aku mimpi kan nya..kenapa yer semua nih?? ada kah satu petanda? adakah hanya mainan tidur?.. kenapa aku menangis dalam mimpi dan tidur ku..air mata masih mengalir ketika aku tersedar dari tidur ku..hati ku pilu sangat ketika itu..

ya allah! apa kah maksud nya mimpi ini..atau hanya satu mainan tidur ..aku pernah teringat kata kata seorang sahabat baik ku faizal..aku menangis di dalm mimpi kerana perasaan dan hati ku sebenar nya sangat sedih ..walaupun dari segi mental nya nampak aku sudah agak ok, namun hati ku dan perasaan aku sedang sakit , pasti nya luka di hati ku tiada sembuh nya..itu la sebab aku mimpi dan menangis ..

yerr aku tak dapat nafi kan..begitu susah untuk aku melupa kan siti sakinah..sedang kan menyebut nama nya saja aku terasa sedih dan sebak nya ..apa tah lagi untuk melihat gambar nya..aku tak mampu langsung..aku tau dia sedang bahagia dgn pilihan nya, namun susah untuk aku melupai nya..kadang kadang aku pikir lebih baik tuhan ambil saja nyawa aku..sakit nya mengharungi kedukaan ini bagai kan tada penghujung..walau bertahun sudah berlalu namun aku masih belum mampu melupai nya

aku tak paham, kalau ini la dugaan tuhan..kenapa teruk sangat aku di duga..susah sangat kah aku nak bahagia..? susah sangat ker aku nak lupa kan derita..kadang kadang aku letih sangat..ya tuhan apa sebenar nya perancangan mu terhadap ku??.. ada kah kau benci kan aku ya allah? salah aku ni buat aku tak dapat merasai langsung erti kebahagian kah ya allah?..

tak lama lagi sahabat baik aku akan kahwin..nampak nya tinggal aku keseorangan kembali tanpa teman, lagu dua minggu faizal akan kahwin..akan ada tanggungjawab sendiri..akan jadi seorang suami , akan jadi seorang ayah..sedih nya aku bakal kehilangan seorang sahabat yang sudah ku anggap seperti adik beradik ku..seorang yang banyak membantu aku..nampak nya aku kembali keseorangan menghadapi hidup ni kelak..

aku berharap agar  aku di beri jalan dan petunjuk , ya allah kau bantu lah aku ya allah ..aku sudah kehilangan org yang aku kasihi , berlaku semua ni kerana penipuan seorang wanita sabah yang aku amat benci..kini aku bakal hilang seorang sahabat yang akan menjalani kehidupan nya bersama org tersayang...tapi aku gembira kerana dia akan bersama org yang dia sayangi dan cintai..aku sedih namun aku gembira untuk sahabat dan teman sejati ku ini..aku akan cuba melalui kehidupan ini bersendirian..secara jujur nya aku tak tau bagaimana perjalanan hidup aku pada masa akan datang..ada kah semakin berliku atau ada lurus nya...hanya allah yang tau...aku taku aku terpesong dari jalan dan akidah ku  kerana aku takut tak mampu harungi semua ini lagi..hanya allah yang maha mengetahui...ya allah selamat kan la hamba mu ini.. amin!

No comments: