Monday, March 14, 2011

akad nikah faisal malam 12/03/2011

salam .. dah lama aku tak menulis di blog nih..dah nak bersawang , eheheh!!..aku pun tak tau nak tulis apa dah sebenar nya..tapi aku tetap akan menulis sehingga perjalanan hidup aku menemui noktah nya..pada tarikh 13/03/2011 ahmad faisal seorang sahabat aku yang paling rapat, yang paling baik malahan kami telah berjanji dan bersumpah menjadi saudara dan adik beradik dunia akhirat..dulu kami berlima, aku, faisal, om, aspa,fendi..kami bersama dalam banyak perkara..sudah senang bersama ..bersilat sama, bergduh dgn org bersama..segala galanya bersama..gembira sungguh masa tu..walaupun pegangan politik jer yang lain..ahahah!!..

12/03/2011 hari yang ditunggu oleh kebanyakan org, sahabat serta kaum keluarga.. pada pukul 9.00 malam faisal akan akakd nikah, akan menjadi seorang suami yang sah pada kekasih nya yang bernama laila sofra..lebih kurang pukul 8.30 aku, om dan am sampai awal ker rumah pengantin perempuan..rombongan faisal dalam perjalanan..malam tu aku berbaju melayu warna kuning keemasan..maklum la kawan baik kawin kena la berbaju melayu..sanggup aku balik lipis sebelum tu untuk ambik baju melayu ni saja..ehehe..sedang menunggu rombongan faisal sampai, aku dan kengkawan yang lain lepak kat gerai makan dulu..lebih kurang pukul 9 rombongan faisal sampai..wahhhh!! faisal macho tul..aku datang jer terus aku peluk dia..happy tul aku kawan aku nak kawin malam ni.. aku bantu faisal ambik air sembahyang sebab kejap lagi nak akad dah..

kami rombongan semua masuk ke dalam rumah pengantin perempuan dan duduk sambil menunggu kedatangan iman untuk upacara akad nikah faisal..aku duduk di sebelah faisal ( belakang)..om dgn am duduk sebelah belakang aku..man abg faisal duduk sebelah faisal..tak lama selepas itu tok iman dan sebilangan org kampung sampai..bermula upacara untuk akad nikah, dan bakal isteri faisal turun dari bilik ..huii!! cantik  bakal isteri nya...hahahah!! untung member aku nih

bermula upacara akad, di mana tok imam memberi ceramah dulu ..membebel tentang rukun nikah la, hidup suami isteri la..aku yang solo nih just dengar jer la..panjang juga la ceramah nya..sampai krem kaki aku..lepas tu setelah siap ceramah nya, dan memperkenal  saksi..bermula la akad..ayah pengantin yang akad kan faisal...alahamdulilah dengan sekali akad jer sah la faisal menjadi suami pada kekasih nya laila sofra..ya allah tah kenapa aku tiba tiba sayu sangat..m,engalir air mata ku .. aku gembira sangat kawan aku dah kawin..kawan aku dah jadi suami..alhamdullilah..aku terus keluar dari rumah tak tahan sebak aku..yer la semua nya bakal berubah..dia dah jadi suami, dia dah jadi ketua keluarga..keadaan kami dan dia dah tak sama..dia ada tanggungjawab dia sekarang..jadi kenkawan kena letak tepi la...yang penting keluarga dia dan diri dia... tak mustahil la tak lama lagi dia bakal pula menjadi seorang ayah pula

faisal keluar setelah dia siap salam , siap isi borang.. dia nampak aku..aku yang tak tahan terus teresak esak menangis peluk dia..malu pun ada..tapi aku tiba tiba jer tak tahan...rasa macam ilang seorang kawan...faisal pun nampak sebak juga..namum aku yang paling sebak..maklum la pelbagai perkara aku lalui dengan dia..dia banyak berada di sisi aku bila aku dalam kesusahan...susah nya nak dapat kawan yang sebaik ini..aku bersyukur tuhan bagi aku seorang sahabt, keluarga serta adik beradik yang hebat begini..aku bersyukur pada mu ya allah ..aku mendoa kan semoga dia bahagia di samping isteri dan keluarga...selepas makan , aku, om, am balik semula kerumah ..masing masing balik dengan perasaan gembira dan sedih...gembira kerana sahabat kami dah kawin...sedih kerana sahabat kami pasti nya tidak lagi seperti dahulu..moga allah merahmati ahmad faisal dan isteri nya laila sofra ..amin!

No comments: